BUKAN calang-calang wanita yang masih disunting agensi model untuk menjadi peragawati pada usia mencecah 32 tahun dan sudah punya lima anak. Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu.
Jom lihat foto eksklusif ibu Neelofa ketika muda DISINI
Kisah Mak Lawa, Anak Cun : Kisah Neelofa "Selain bersyukur dengan kurniaan Ilahi, ibu bapa artis tanah air, mendedahkan petua bagi memastikan anak gadis mereka terus mewarisi kecantikan keluarga.."
WARISI KECANTIKAN... Neelofa bersama keluarga.

BUKAN calang-calang wanita yang masih disunting agensi model untuk menjadi peragawati pada usia mencecah 32 tahun dan sudah punya lima anak.
Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu.
Malah, dalam tempoh lima tahun aktif sebagai peragawati, ibu kepada 10 cahaya mata itu beberapa kali menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan.
Legasi kecantikan dimiliki Kartini kemudian diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, atau lebih mesra disapa Lofa, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza.
Menceritakan kecantikan dimiliki, Kartini berkata, dia mensyukuri kelebihan diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun.
“Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya. Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya,” katanya kepada Metro Ahad.
Sumber asal: www.berita1harian.blogspot.com
Tahniah diucapkan kepada Jue Aziz yang baru sahaja mengambil keputusan berhijrah dengan mengenakan hijab penuh. Malah, keputusan Jue dalam bertudung dalam masa yang sama turut berkaitan dengan pemergian ayahnya......
Baca selanjutnya & Lihat 7 foto Jue Aziz ayu bertudung DISINI

Jue Aziz yang kini sudah pun berhijrah dengan berhijab penuh mengakui bahawa dia malu untuk melihat kembali babak yang dilakonkannya di dalam filem Kapsul lebih-lebih lagi ia melibatkan adegan rogol.
“Skrip filem ini sudah agak lama di tangan, namun ia senyap begitu saja hingga pada tahun 2013, produksi menawarkan kembali watak Fatimah. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskannya kerana saya sudah jatuh cinta sejak pertama kali membaca skripnya dulu”
“Walaupun babak membabitkan Fatimah tidak banyak, tetapi ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam terutama apabila dirogol oleh tentera Jepun. Sebenarnya saya malu untuk melihat kemabli babak itu kerana ketika penggambaran, saya masih belum bertudung,” jelasnya kepada ruangan sisipan B*Pop oleh Berita Harian.
Selain itu Jue juga menjelaskan bahawa keputusannya untuk bertudung bukanlah mahu memuaskan hati dan menutup mulut orang ramai, namun ia datang daripada keikhlasan hatinya sendiri. Semoga penghijrahan pelakon ini membawa satu dimensi baru kepada kehidupannya.(rtky/s)





